Jom Taubat Masuk Syurga

xBran.blogspot.com 2000-2012. Powered by Blogger.
KOMEDI : Terbaik | Terburuk | Video Kelakar | Epik Gagal | Iklan Lucu |Muzik Lucu | Dunia Tak Berakal | Apa Bran!

HIBURAN : Terkini | Selebriti | Top 10 | Muzik | TV | Movie | Video Game


AKSI : Gadis | Jejaka | 18 Seks | Video Seksi | 20 Terhebat | Video Aksi

BLOG : Tutorial | Panduan | Iklan

Search This Blog

CERITA TERKINI xBRAN

Penyanyi Kumpulan Hip Hop Terkenal Dipenjara 20 Tahun, Sebat 10 Kali Rogol Anak Tiri





September 6, 2013




KAJANG – Seorang bekas ahli kumpulan hip hop terkenal tanah air dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki yang berusia 38 tahun itu setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Bapa kepada dua anak itu yang kini merupakan guru vokal di beberapa kementerian dan agensi kerajaan kelihatan tenang dan hanya menundukkan wajah ketika hakim membuat keputusan tersebut.

Dalam penghakimannya, Norhazani berkata, keterangan mangsa telah disokong saksi-saksi lain yang tampil memberi keterangan termasuk guru kaunselingnya.

“Saya percaya pada keterangan saksi pendakwaan kerana semua saksi bebas, ditambah kenyataan pegawai perubatan yang mengesahkan koyakan pada alat sulit mangsa,” katanya.

Bagaimanapun menurut hakim, keterangan salah seorang saksi pembelaan mengukuhkan lagi pendakwaan, tetapi tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis.

“Keterangan yang diberikan semasa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, tertuduh disabitkan dengan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Azmi Talib dan Mohamad Burok memohon hukuman minimum kerana dia kini menanggung dua orang anaknya yang masing-masing berusia 9 dan 7 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fazlin Abd Zawawi pula memohon mahkamah memberikan hukuman maksimum sebagai pengajaran kerana tertuduh merupakan bapa tiri kepada mangsa.

Noor Fazlin menambah, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan memberikan kasih sayang kepada anak tirinya yang sedang membesar.

Hakim seterusnya mengarahkan agar mangsa dipanggil ke mahkamah untuk memberikan kenyataan berkaitan kesan kejadian tersebut terhadap dirinya.

Semasa dipanggil memberi kenyataan, sambil menangis mangsa berkata, dia kini berasa tidak selamat, fobia, dan jijik pada diri sendiri selepas kejadian tersebut.

“Saya rasakan masa depan begitu gelap. Saya takut untuk ke sekolah dan merasai tekanan setiap hari.

“Malah saya jadi takut pada ayah kepada rakan-rakan saya dan guru lelaki,” katanya yang kini ditempatkan di rumah perlindungan.

Mangsa turut menyatakan dia kini hilang kepercayaan pada orang lain meskipun pada ahli keluarga sendiri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, bekas ahli kumpulan hip hop itu didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah, di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Peguam tertuduh, Azmi Talib memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara tersebut kerana tertuduh mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman, bagaimanapun, jaminan ditingkatkan kepada RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sepanjang perbicaraan, seramai lapan saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.


SUMBER : onenewshub

Ditulis Oleh : Acit Guestbook Hari: 18:54 Kategori:

0 000 yang ade bran:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment yang hebat!!.. Yang Pasti anda mesti BERANI!!

xBran Hot

 

Our Sponsor

”banner

Banner xBran

”banner
Sila tukar link dengan kami :)

Info Terkini XBran Ping Busuk

Penafian :


Kami merupakan sebuah blog yang mengumpul pelbagai cerita menarik dan info apa sahaja tentang manusia sejagat umumnya.
Kami memohon maaf jika ada info yang tidak benar. Kami hanya menyampaikan daripada sumber-sumber yang terkenal seperti Harian Metro, Malaysia Kini, Melayu Kini, MyNewsHub, Berita Bernama, Bloomberg, Berita Harian, Kosmo, Utusan dan pelbagai lagi sumber yang terbaik. Selamat membaca :)

PERHATIAN - Jom jadi Ahli xBran

Assalamualaikum.
Kami memberi peluang menambah pendapatan kepada sesiapa sahaja berumur 16-50 tahun untuk bersama-sama kami meneraju blog xBran ini tanpa hadnya.

Syarat-syarat menjadi ahli xBRAN.

1. Daftar - Isi borang online yng disediakan bagi memudahkan kami membuat pembayaran kepada anda.

2. Jika artikel yang anda anda bukan hak anda, sila pastikan anda letak link sumber.

3. Jana pendapatan berBlogging.

4. Minimum 1 hari 1 artikel.

+++++++++++++++++++++++++++++++
LEVEL 1 - (Anda buat 300 artikel)
Kami beli cerita anda, 1 artikel = RM0.10
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM0.50

LEVEL 2 (Anda tambah 200 artikel lagi)
-YURAN RM50
Selepas anda melepasi tahap 300 artikel,
Kami akan naikan harga 1 artikel = RM0.20.
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM1.00


LEVEL VVIP -YURAN RM100
1 artikel = RM0.50
Jom Rebut peluang tambah pendapatan sampingan.

AHLI TERKINI
MrPetak - VVIP
fiveprodesign - Ahli Biasa
HantaranMurah - Ahli Biasa
Anda ahli?

xBran kalau tak tinggal calar!

There was an error in this gadget

Google+ Badge

Backlink xBran

blogger widgets Free Backlinks

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Mazeer Mohamad | Simple SEO Tips @ Blogger Tips

More tips here http://mazeermohamad.blogspot.com/search/label/FAMOUStutorial