Jom Taubat Masuk Syurga

xBran.blogspot.com 2000-2012. Powered by Blogger.
KOMEDI : Terbaik | Terburuk | Video Kelakar | Epik Gagal | Iklan Lucu |Muzik Lucu | Dunia Tak Berakal | Apa Bran!

HIBURAN : Terkini | Selebriti | Top 10 | Muzik | TV | Movie | Video Game


AKSI : Gadis | Jejaka | 18 Seks | Video Seksi | 20 Terhebat | Video Aksi

BLOG : Tutorial | Panduan | Iklan

Search This Blog

CERITA TERKINI xBRAN

Percaturan Longkai


Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI


Ibarat satu kejutan buat peminat filem tempatan sebaik saja Metrowealth Pictures (MIG) mengumumkan dua nama besar, Faizal Hussein dan Erra Fazira bakal beraksi dalam filem terbaru garapan Hashim Rejab, Longkai. Filem aksi kedua Hashim selepas Budak Pailang ini turut menampilkan pelakon baru MIG seperti Nizam Zaidi bersama Wawa Zainal.

Kali terakhir Erra berlakon filem terbitan MIG ialah Potret Mistik dan Lady Boss sekitar 2005 manakala drama pula, Mertua vs Menantu untuk Astro Ria hampir tiga tahun lalu.



Manakala Faizal belum pernah bekerjasama dengan MIG dan Longkai adalah filem keduanya berganding dengan Erra selepas filem MX3 arahan Yusuf Kelana, terbitan Skop Production pada 2003. Turut berlakon, Dira Abu Zahar.

Melihat situasi unik ini, ada beranggapan MIG terpaksa mencari modal dan strategi baru menarik penonton ke panggung apabila banyak filem ditayangkan tahun lalu dianggap gagal.


Ia turut diakui Hashim dan pada waktu sama, sesuai dengan skrip dan jalan cerita yang memerlukan pelakon matang lagi mantap. Katanya, masa pra-perancangan filem ini, dia tidak nampak struktur artis itu lagi tapi berbincang dengan produser, mengapa tidak menggunakan khidmat pelakon lain supaya lari sedikit daripada konsep menggunakan artis MIG sebagaimana sebelum ini.


“Saya hubungi Faizal dan Dira. Kemudian MIG bersetuju dengan cadangan saya. Agak terkejut juga dengan maklum balas produsernya, David Teo dan saya anggap ini sebagai rahmat Allah.

“Malah saya juga tampilkan penyanyi Black (Mentor) sebagai suntikan baru dalam filem ini. Ini juga filem pertama buat Black,” katanya ketika ditemui di lokasi Longkai di Pangsun, Hulu Langat, baru-baru ini.

Pengarah Budak Pailang itu juga akui, selepas memberi skrip pada Faizal, aktor berusia 45 tahun itu terus bersetuju dan mahu menjadi sebahagian daripada projek ini.

Katanya, bintang Bunohan ini nampak teruja dengan jalan cerita Longkai walaupun Faizal dikatakan antara pelakon yang agak selektif dari segi filem dan genre.

“Saya tahu Faizal adalah aktor yang bekerja hanya apabila menyukai sesebuah skrip. Sudah tentu saya bangga apabila Faizal berminat untuk bekerja dengan saya,” katanya.

Longkai yang memulakan penggambaran awal bulan lalu, kini masih dalam proses penggambaran membabitkan lokasi sekitar Lembah Klang dan Hulu Langat.

Produksi juga mengambil risiko tinggi apabila membabitkan babak bertarung di atas lori bergerak. Malah beberapa lori turut dirosakkan bagi memenuhi kehendak filem.

Kata Hashim, kelainan filem ini ialah pada aksi yang ditonjolkan. Jika Budak Pailang membabitkan 21 babak pergaduhan tapi dalam Longkai, hanya sembilan babak aksi saja.

“Tapi semua babak dalam Longkai membabitkan aksi berat. Longkai sangat berbeza sebab membabitkan kos tinggi seperti kereta dan trak yang dirosakkan, aksi ngeri dan banyak lagi. Saya tak boleh nak cerita lebih, tunggu saja bila siap nanti,” katanya.

Erra akui terkejut sebaik mendapat tawaran berlakon dalam filem terbitan MIG untuk watak Zarina yang juga ibu kepada pelakon baru, Nizam Zaidi.

Katanya, dia setuju berlakon dalam Longkai atas beberapa faktor. Pertama kerana keseluruhan ceritanya sangat menarik dan kedua, kerana barisan pelakon dan pengarah.

“Mungkin ini juga sebagai ‘comeback’ saya untuk filem terbitan MIG dan tidak ada faktor lain. Paling utama, watak Zarina sangat dekat di hati saya sebagai pelakon. Walaupun ia sekadar watak pembantu, dia menjadi tarikan kepada isi jalan cerita.

“Ini juga kali pertama saya memegang watak ibu yang mempunyai anak sudah besar. Sebelum ini saya pernah berlakon watak ibu tapi anak masih kecil. Mungkin sudah tiba masanya saya mencari kelainan walaupun kalau diikutkan, saya masih belum bersedia memegang watak begini,” katanya.

Kata Erra, bekerja dengan Hashim juga tiada masalah walaupun kali pertama. Dia selesa dan tidak menyang­ka pengarah itu mempu­nyai keyakinan tinggi dalam menghasilkan filem bermutu.

“Saya mengenali Hashim sejak dia masih bergelar kru produksi biasa dan ini kali pertama bekerjasama dengannya. Ternyata dia mempunyai tahap keyakinan tinggi selain tahu apa yang dia mahu.

“Dia cukup senang dibawa berbincang dan saya berbangga dapat bekerja dengan Hashim,” katanya.


Faizal mahu berdakwah

Apakah yang menarik Faizal Hussein berlakon dalam Longkai terbitan MIG Pictures? Sebaik saja ditanya dengan soalan itu, pelakon yang mula popular menerusi watak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja pada 1986 ini, hanya tersenyum.

Bapa dua anak ini berkata, sebelum ini ada beberapa tawaran produksi lain termasuk MIG tapi terpaksa ditolak kerana jadual tidak mengizinkan.

“Masa penggambaran Budak Pailang pun, Hashim ada menawarkan watak pada saya tapi saya sibuk ketika itu. Saya tahu ada peminat terkejut bila saya terima tawaran MIG.

“Orang kata macam-macam pasal MIG. Kata filem terbitan mereka busuklah, tak ada kualiti dan banyak lagi. Malangnya, mereka yang bercakap belakang itu tak baca skrip Longkai dan mereka tidak tahu.

“Konsep saya senang saja iaitu senang bekerja dengan orang. Banyak faktor yang main peranan antaranya disiplin, tak berlagak diva walaupun dah lama dalam industri,” katanya.

Tanpa berselindung, Faizal akui sebagai pelakon, tugasnya sebagai pendakwah sama ada berlakon watak baik atau jahat.

Tujuannya, jika dapat watak jahat sekalipun ia untuk menyedarkan penonton bahawa ia sesuatu yang patut dilihat.

“Saya lebih suka menyampaikan mesej. Sebab itulah saya tak minat jadi produser atau pengarah. Syukur, pada umur macam ini saya masih boleh bekerja di bawah terbitan orang lain, bukan terbitan sendiri.

“Bila saya dengar penerangan Hashim me­ngenai Longkai bergenre aksi, saya terus tertarik. Baca saja skrip, ceritanya memang menarik. Ia cerita yang bukan saja menyentuh kisah cinta antara dua insan tapi aksi mendebarkan,” katanya.

Faizal bersyukur kerana pada usianya kini, dia terus mendapat kepercayaan pengarah memegang watak lelaki berusia 36 tahun. Malah kemampuannya beraksi ketika usia 18 tahun masih boleh dilakukan sampai sekarang.

“Saya jenis orang yang aktif dengan pelbagai aktiviti. Aksi dalam filem-filem sebelum ini pun banyak saya buat sendiri. Saya sudah beraksi sendiri sejak filem kita belum lagi ada ‘stuntman’. Yang penting, kalau buat aksi nampak muka saya, baru puas,” katanya.

Sejak aksinya dalam Bunohan mula mendapat perhatian ramai, apatah lagi filem itu dalam senarai ratusan filem asing terbaik yang menyertai Anugerah Academy untuk merebut Oscar, Faizal makin menjadi buruan pengarah untuk watak yang lebih kepada permainan karakter dan kurang berdialog.

Kata Faizal, dia melihatnya dari sudut optimis. Katanya, hakikatnya ia lebih susah kerana dia perlu menghafal dialog semua pelakon dalam babak terbabit dan ia mencabar kredibilitinya sebagai pelakon berwibawa.Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12


METRO

Ditulis Oleh : Acit Guestbook Hari: 19:23 Kategori:

0 000 yang ade bran:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment yang hebat!!.. Yang Pasti anda mesti BERANI!!

xBran Hot

 

Our Sponsor

”banner

Banner xBran

”banner
Sila tukar link dengan kami :)

Info Terkini XBran Ping Busuk

Penafian :


Kami merupakan sebuah blog yang mengumpul pelbagai cerita menarik dan info apa sahaja tentang manusia sejagat umumnya.
Kami memohon maaf jika ada info yang tidak benar. Kami hanya menyampaikan daripada sumber-sumber yang terkenal seperti Harian Metro, Malaysia Kini, Melayu Kini, MyNewsHub, Berita Bernama, Bloomberg, Berita Harian, Kosmo, Utusan dan pelbagai lagi sumber yang terbaik. Selamat membaca :)

PERHATIAN - Jom jadi Ahli xBran

Assalamualaikum.
Kami memberi peluang menambah pendapatan kepada sesiapa sahaja berumur 16-50 tahun untuk bersama-sama kami meneraju blog xBran ini tanpa hadnya.

Syarat-syarat menjadi ahli xBRAN.

1. Daftar - Isi borang online yng disediakan bagi memudahkan kami membuat pembayaran kepada anda.

2. Jika artikel yang anda anda bukan hak anda, sila pastikan anda letak link sumber.

3. Jana pendapatan berBlogging.

4. Minimum 1 hari 1 artikel.

+++++++++++++++++++++++++++++++
LEVEL 1 - (Anda buat 300 artikel)
Kami beli cerita anda, 1 artikel = RM0.10
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM0.50

LEVEL 2 (Anda tambah 200 artikel lagi)
-YURAN RM50
Selepas anda melepasi tahap 300 artikel,
Kami akan naikan harga 1 artikel = RM0.20.
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM1.00


LEVEL VVIP -YURAN RM100
1 artikel = RM0.50
Jom Rebut peluang tambah pendapatan sampingan.

AHLI TERKINI
MrPetak - VVIP
fiveprodesign - Ahli Biasa
HantaranMurah - Ahli Biasa
Anda ahli?

xBran kalau tak tinggal calar!

There was an error in this gadget

Google+ Badge

Backlink xBran

blogger widgets Free Backlinks

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Mazeer Mohamad | Simple SEO Tips @ Blogger Tips

More tips here http://mazeermohamad.blogspot.com/search/label/FAMOUStutorial