Jom Taubat Masuk Syurga

xBran.blogspot.com 2000-2012. Powered by Blogger.
KOMEDI : Terbaik | Terburuk | Video Kelakar | Epik Gagal | Iklan Lucu |Muzik Lucu | Dunia Tak Berakal | Apa Bran!

HIBURAN : Terkini | Selebriti | Top 10 | Muzik | TV | Movie | Video Game


AKSI : Gadis | Jejaka | 18 Seks | Video Seksi | 20 Terhebat | Video Aksi

BLOG : Tutorial | Panduan | Iklan

Search This Blog

CERITA TERKINI xBRAN

Masuk jerat MLM




Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Nur Nadia Hafiza Jamaluddin


Kota Samarahan: Akibat terpedaya janji manis dan pulangan lumayan ditawarkan ejen pemasaran pelbagai peringkat (MLM), sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, mendakwa kerugian lebih RM7,000 apabila ditipu skim berkenaan yang menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan sebagai mangsa.

Difahamkan, pelbagai taktik digunakan untuk merekrut pelajar sebagai ejen termasuk berselindung di sebalik tawaran kerja sambilan dengan pulangan lumayan atau menganjurkan seminar keusahawanan sebelum memaksa mangsa mengikuti program berkenaan.


Selain itu, kumpulan ejen MLM berkenaan mengambil peluang merekrut ahli baru setiap kali pelajar mendapat pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).




Seorang mangsa dikenali sebagai Zuraidah, 21, berkata, dia dan rakannya dipelawa mengikuti seminar keusahawanan diadakan di perpustakaan universiti, baru-baru ini.


Namun katanya, seminar keusahawanan dianjurkan sebenarnya lakonan semata-mata, sebaliknya mereka diperkenalkan dengan syarikat MLM dan produk berkaitan.


“Mereka menawarkan empat pakej dengan harga serendah RM796; RM2,488; RM6,888 dan RM10,080 di mana saya dan rakan dinasihatkan mengambil pakej RM796, tetapi perlu membayar RM800 atas alasan tertentu.



“Kami tidak dibenarkan berfikir, malah selagi tidak bersetuju menjadi ahli skim berkenaan, tidak dibenarkan meninggalkan seminar berkenaan,” katanya.


Menurutnya, bagi memastikan pelajar tidak melarikan diri, ejen MLM itu sanggup menemani pelajar ke Mesin Juruwang Automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang.



Bagaimanapun katanya, kini selepas lebih sebulan menyertai MLM berkenaan, pelajar yang menjadi peserta belum mendapat produk atau pakej dijanjikan dengan alasan berlaku masalah penghantaran.


Mangsa kedua dikenali sebagai Mas, 22, berkata, ejen MLM berkenaan tidak menerangkan dengan jelas berkaitan produk itu, tetapi mengarahkan pelajar menurunkan tandatangan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa sempat membaca dokumen berkenaan.


“Selepas menjadi ahli, pelajar diarah membawa rakan lain untuk dijadikan ahli baru dengan syarat tanpa memberitahu tujuan sebenar perjumpaan itu.


“Mereka menyasarkan untuk menarik seramai mungkin ahli tanpa menawarkan sebarang produk,” katanya.


Katanya, menyedari ditipu, sembilan pelajar nekad membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuching untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, pihaknya belum mendapat laporan mengenai kes itu, namun akan melakukan siasatan lanjut.

xBRan : Serik dah benda2 macm ni!!~

METRO

Ditulis Oleh : Acit Guestbook Hari: 19:16 Kategori:

0 000 yang ade bran:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment yang hebat!!.. Yang Pasti anda mesti BERANI!!

xBran Hot

 

Our Sponsor

”banner

Banner xBran

”banner
Sila tukar link dengan kami :)

Info Terkini XBran Ping Busuk

Penafian :


Kami merupakan sebuah blog yang mengumpul pelbagai cerita menarik dan info apa sahaja tentang manusia sejagat umumnya.
Kami memohon maaf jika ada info yang tidak benar. Kami hanya menyampaikan daripada sumber-sumber yang terkenal seperti Harian Metro, Malaysia Kini, Melayu Kini, MyNewsHub, Berita Bernama, Bloomberg, Berita Harian, Kosmo, Utusan dan pelbagai lagi sumber yang terbaik. Selamat membaca :)

PERHATIAN - Jom jadi Ahli xBran

Assalamualaikum.
Kami memberi peluang menambah pendapatan kepada sesiapa sahaja berumur 16-50 tahun untuk bersama-sama kami meneraju blog xBran ini tanpa hadnya.

Syarat-syarat menjadi ahli xBRAN.

1. Daftar - Isi borang online yng disediakan bagi memudahkan kami membuat pembayaran kepada anda.

2. Jika artikel yang anda anda bukan hak anda, sila pastikan anda letak link sumber.

3. Jana pendapatan berBlogging.

4. Minimum 1 hari 1 artikel.

+++++++++++++++++++++++++++++++
LEVEL 1 - (Anda buat 300 artikel)
Kami beli cerita anda, 1 artikel = RM0.10
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM0.50

LEVEL 2 (Anda tambah 200 artikel lagi)
-YURAN RM50
Selepas anda melepasi tahap 300 artikel,
Kami akan naikan harga 1 artikel = RM0.20.
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM1.00


LEVEL VVIP -YURAN RM100
1 artikel = RM0.50
Jom Rebut peluang tambah pendapatan sampingan.

AHLI TERKINI
MrPetak - VVIP
fiveprodesign - Ahli Biasa
HantaranMurah - Ahli Biasa
Anda ahli?

xBran kalau tak tinggal calar!

There was an error in this gadget

Google+ Badge

Backlink xBran

blogger widgets Free Backlinks

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Mazeer Mohamad | Simple SEO Tips @ Blogger Tips

More tips here http://mazeermohamad.blogspot.com/search/label/FAMOUStutorial