Jom Taubat Masuk Syurga

xBran.blogspot.com 2000-2012. Powered by Blogger.
KOMEDI : Terbaik | Terburuk | Video Kelakar | Epik Gagal | Iklan Lucu |Muzik Lucu | Dunia Tak Berakal | Apa Bran!

HIBURAN : Terkini | Selebriti | Top 10 | Muzik | TV | Movie | Video Game


AKSI : Gadis | Jejaka | 18 Seks | Video Seksi | 20 Terhebat | Video Aksi

BLOG : Tutorial | Panduan | Iklan

Search This Blog

CERITA TERKINI xBRAN

JUARA AJL 27 - Terukir Di Bintang


Oleh Nor Akmar Samudin dan Ramlah Zainal



METRO

Kuala Lumpur: “Apabila saya dipilih menyanyi lagu ini, saya rasa macam bermimpi. Saya cuma fikir dia (Yuna) adalah kawan saya dan saya bersedia membantunya,” kata penyanyi Aizat Amdan yang menggantikan Yunalis Zarai menyampaikan lagu Terukir Di Bintang yang muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Yuna selaku komposer dan penulis lirik yang tidak hadir berikutan berada di Amerika Syarikat berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan RM35,000.


Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik, Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.



Penyanyi Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz) menang kategori Vokal Terbaik buat kali ketiga berturut-turut dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000. Dia bersama komposer Ajai turut merangkul trofi tempat ketiga melalui lagu Ku Akui membawa pulang bersama wang tunai sebanyak RM12,000.


“Saya bersyukur pada Tuhan dan ini juga adalah sokongan ibu bapa saya. Lagu ini banyak memberi inspirasi pada saya,” kata Hafiz.


Bagi pemenang kategori Persembahan Terbaik pula dimenangi penyanyi Black bersama RJ menerusi lagu Teman Pengganti dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira menang anugerah Juara Mobile Xpax.





AKSI Aizat ketika menyampaikan lagu Terukir Di Bintang.

Lagu lain yang turut bertanding ialah Patah Seribu (Shila Amzah), Amir Jahari (Tanpamu) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcee), Pelangi Senja (Stacy), Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo), Lagu (Bedroom Santuary) dan Simetri (Hazama & Amy Search).


Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.




Persembahan 12 finalis AJL27 diadili 10 juri profesional iaitu komposer Azmeer selaku ketua juri dibantu Aubrey Suwito, Helen Yap, Eddie Marzuki, Acis, Yasin Sulaiman, Ramli Sarip, Edrie Hashim, Ad Samad dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang.


Acara bertemakan Ekspresi Seni dimeriahkan dengan persembahan hiburan dari barisan penyanyi terkenal tanah air iaitu Misha Omar, Ziana Zain, Faizal Tahir, Royal Air Force, penyanyi rock Ramli Sarip, Man Kidal, Aris Ariwatan, Joey BPR dan Rahmat Mega. Gandingan pengacara pada malam itu ialah Faizal Ismail dan Cheryl Samad. Tidak ketinggalan, gandingan hos yang mengacarakan segmen 'Purple Carpet' yang menampilkan trio iaitu Kamal Adli, Miera Lyana dan Sazzy Falak.

Ditulis Oleh : Acit Guestbook Hari: 17:15 Kategori:

0 000 yang ade bran:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment yang hebat!!.. Yang Pasti anda mesti BERANI!!

xBran Hot

 

Our Sponsor

”banner

Banner xBran

”banner
Sila tukar link dengan kami :)

Info Terkini XBran Ping Busuk

Penafian :


Kami merupakan sebuah blog yang mengumpul pelbagai cerita menarik dan info apa sahaja tentang manusia sejagat umumnya.
Kami memohon maaf jika ada info yang tidak benar. Kami hanya menyampaikan daripada sumber-sumber yang terkenal seperti Harian Metro, Malaysia Kini, Melayu Kini, MyNewsHub, Berita Bernama, Bloomberg, Berita Harian, Kosmo, Utusan dan pelbagai lagi sumber yang terbaik. Selamat membaca :)

PERHATIAN - Jom jadi Ahli xBran

Assalamualaikum.
Kami memberi peluang menambah pendapatan kepada sesiapa sahaja berumur 16-50 tahun untuk bersama-sama kami meneraju blog xBran ini tanpa hadnya.

Syarat-syarat menjadi ahli xBRAN.

1. Daftar - Isi borang online yng disediakan bagi memudahkan kami membuat pembayaran kepada anda.

2. Jika artikel yang anda anda bukan hak anda, sila pastikan anda letak link sumber.

3. Jana pendapatan berBlogging.

4. Minimum 1 hari 1 artikel.

+++++++++++++++++++++++++++++++
LEVEL 1 - (Anda buat 300 artikel)
Kami beli cerita anda, 1 artikel = RM0.10
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM0.50

LEVEL 2 (Anda tambah 200 artikel lagi)
-YURAN RM50
Selepas anda melepasi tahap 300 artikel,
Kami akan naikan harga 1 artikel = RM0.20.
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM1.00


LEVEL VVIP -YURAN RM100
1 artikel = RM0.50
Jom Rebut peluang tambah pendapatan sampingan.

AHLI TERKINI
MrPetak - VVIP
fiveprodesign - Ahli Biasa
HantaranMurah - Ahli Biasa
Anda ahli?

xBran kalau tak tinggal calar!

There was an error in this gadget

Google+ Badge

Backlink xBran

blogger widgets Free Backlinks

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Mazeer Mohamad | Simple SEO Tips @ Blogger Tips

More tips here http://mazeermohamad.blogspot.com/search/label/FAMOUStutorial