Jom Taubat Masuk Syurga

xBran.blogspot.com 2000-2012. Powered by Blogger.
KOMEDI : Terbaik | Terburuk | Video Kelakar | Epik Gagal | Iklan Lucu |Muzik Lucu | Dunia Tak Berakal | Apa Bran!

HIBURAN : Terkini | Selebriti | Top 10 | Muzik | TV | Movie | Video Game


AKSI : Gadis | Jejaka | 18 Seks | Video Seksi | 20 Terhebat | Video Aksi

BLOG : Tutorial | Panduan | Iklan

Search This Blog

CERITA TERKINI xBRAN

Mangsa Banjir Di Pantai Timur Kini Hampir 11,000

Seorang pekerja resort, Che Ramlah Mat Nasir, 55 menyelamatkan kerusi dari dihanyutkan setelah kawasan resort itu dilanda banjir ekoran hujan lebat di pusat peranginan Cherating, Selasa. Meskipun cuti umum sempena perayaan Krismas, namun kawasan pelancongan itu lengang dari kunjungan orang ramai berikutan musim tengkujuh yang melanda pantai timur kini. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang Selasa dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.
Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi Selasa, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.
Di TERENGGANU, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052 orang petang Selasa manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91 mangsa kepada 808.
Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).
Anggota Tentera turut membantu membawa penduduk-penduduk Kampung Gong Duek untuk keluar selepas jalan Pasir akar ditutup kepada semua kenderaan ringan akibat banjir, Selasa. Banjir yang melanda kawasan Hulu Besut dianggap luar biasa kerana didapati membabitkan kawasan yang sebelum ini belum pernah dinaiki air.

 - fotoBERNAMA
Pusat penempatan banjir yang beroperasi di Terengganu ialah di daerah Besut (16), Dungun (12), Hulu Terengganu (16), Kemaman (13), Kuala Terengganu (lapan), Marang (10) dan Setiu (18).
Sementara itu, Jalan Jerangau-Jabor yang ditutup pagi Selasa dibuka semula kepada semua lalu lintas pada sebelah petang.
Bagaimanapun, Kilometer 13 Jalan Tembila ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam semeter dan Jalan Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatuh juga ditutup kepada kenderaan ringan.
Di KELANTAN, jumlah terbesar mangsa dipindahkan ialah di Pasir Mas iaitu 2,049 diikuti Kuala Krai (355), Kota Baharu (264), Tanah Merah (217), Pasir Puteh (245), Machang (47) dan Tumpat (41).
Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai; Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah; dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang masih mencatat bacaan di atas paras bahaya, menurut portal rasmi kerajaan negeri itu.
Setakat petang Selasa, tiada lagi jalan utama di negeri itu ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa. Cuaca ketika ini mendung dan diselangi hujan renyai.
Di PAHANG, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).
Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas bermula Selasa berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan berharap mereka bersabar.
PRIHATIN… Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah berkenan membantu menyediakan makanan kepada mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Situasi banjir di Pahang makin membimbangkan dengan pertambahan mangsa banjir di pusat pemindahan berbanding Isnin apabila hujan turun secara berterusan sejak pagi tadi.
 -fotoBERNAMA
Titah baginda, pihak bertanggungjawab kini sedaya upaya membantu mangsa yang terjejas dan meminta mereka tidak menyalahkan pihak berkenaan jika bantuan lewat sampai.
"Saya harap mereka tidak menyalahkan pihak yang datang memberi bantuan... mungkin keadaan jalan yang tidak berapa baik dalam keadaan cuaca hujan begini menyebabkan bantuan sedikit terlewat," titah baginda. - BERNAMA

Ditulis Oleh : blogXbran-admin Hari: 16:41 Kategori:

0 000 yang ade bran:

Post a Comment

Sila tinggalkan comment yang hebat!!.. Yang Pasti anda mesti BERANI!!

xBran Hot

 

Our Sponsor

”banner

Banner xBran

”banner
Sila tukar link dengan kami :)

Info Terkini XBran Ping Busuk

Penafian :


Kami merupakan sebuah blog yang mengumpul pelbagai cerita menarik dan info apa sahaja tentang manusia sejagat umumnya.
Kami memohon maaf jika ada info yang tidak benar. Kami hanya menyampaikan daripada sumber-sumber yang terkenal seperti Harian Metro, Malaysia Kini, Melayu Kini, MyNewsHub, Berita Bernama, Bloomberg, Berita Harian, Kosmo, Utusan dan pelbagai lagi sumber yang terbaik. Selamat membaca :)

PERHATIAN - Jom jadi Ahli xBran

Assalamualaikum.
Kami memberi peluang menambah pendapatan kepada sesiapa sahaja berumur 16-50 tahun untuk bersama-sama kami meneraju blog xBran ini tanpa hadnya.

Syarat-syarat menjadi ahli xBRAN.

1. Daftar - Isi borang online yng disediakan bagi memudahkan kami membuat pembayaran kepada anda.

2. Jika artikel yang anda anda bukan hak anda, sila pastikan anda letak link sumber.

3. Jana pendapatan berBlogging.

4. Minimum 1 hari 1 artikel.

+++++++++++++++++++++++++++++++
LEVEL 1 - (Anda buat 300 artikel)
Kami beli cerita anda, 1 artikel = RM0.10
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM0.50

LEVEL 2 (Anda tambah 200 artikel lagi)
-YURAN RM50
Selepas anda melepasi tahap 300 artikel,
Kami akan naikan harga 1 artikel = RM0.20.
Contoh pengiraan :
5 artikel = RM1.00


LEVEL VVIP -YURAN RM100
1 artikel = RM0.50
Jom Rebut peluang tambah pendapatan sampingan.

AHLI TERKINI
MrPetak - VVIP
fiveprodesign - Ahli Biasa
HantaranMurah - Ahli Biasa
Anda ahli?

xBran kalau tak tinggal calar!

There was an error in this gadget

Google+ Badge

Backlink xBran

blogger widgets Free Backlinks

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Dapatkan Widget Ini Di Mazeer Mohamad | Simple SEO Tips @ Blogger Tips

More tips here http://mazeermohamad.blogspot.com/search/label/FAMOUStutorial