4 beranak rentung di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
MUSNAH...bas ekspres dan kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
CHUKAI: “Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta,” kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam.
Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.
“Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup,” katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.
Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.
Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/24
Lainnya dari TERKINI -Berita, xBran Berita Semasa, xBran Kemalangan
Ditulis Oleh : blogXbran-admin Hari: 17:58 Kategori: xBran Kemalangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
xBran Hot
-
Post entri ini dibuat untuk memberi peringatan kepada semua orang tentang kejadian penipuan dan kekeliruan yang berlaku kepada sahabat xbr...
-
Hahaha... memandangkan hari ni 1212-12, jadi xBran pun nak palit satu entry tentang Tarikh yang cantik ni . Pelbagai andaian mitos ya...
-
BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan...
-
Untuk memudahkan anda mencari, Tekan Ctrl+F , dan taip perkataan yang anda mahukan. Mudahkan!!~ 1001 TAFSIR MIMPI TENTANG DIRI SENDIRI...
-
VOKAL diukur mengikut 7 kriteria utama 1. Kejituan (solidness) 2. Lenggok (rendition style) 3. Sebutan/fasahah (phrasing) 4. Teknik kawala...

0 000 yang ade bran:
Post a Comment
Sila tinggalkan comment yang hebat!!.. Yang Pasti anda mesti BERANI!!